Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Kuwait mengecam serangan peluru berpandu Houthi yang didakwa menyasarkan kawasan berhampiran Mekah dan Madinah serta menzahirkan solidariti kepada Arab Saudi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kuwait mengutuk keras serangan peluru berbandu balestik oleh Houthi ke atas Arab Saudi yang didakwa menyiasarkan kawasan berhampiran dua tanah
00:07suci Islam, Mekah dan Madinah.
00:09Menerusi satu kenyataan, Kementerian Luar Kuwait menyifatkan serangan itu sebagai tindakan pengecut dan terkutuk.
00:16Kuwait berkata insiden tersebut merupakan satu pencabulan jelas terhadap kesucian lokasi-lokasi paling suci bagi umat Islam.
00:24Negara itu turut menegaskan sokongan penuhnya kepada Arab Saudi dalam usaha mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara berkenaan.
00:32Dalam kenyataan sama, Kuwait menyatakan solidariti penuh terhadap riad dan menyokong semula langkah yang diambil bagi menjamin keselamatan wilayahnya.
00:41Bagaimanapun, pihak Houthi menafikan dawaan bahawa mereka menyasarkan Mekah dan Madinah dalam serangan tersebut.
00:48Ketegangan terus meningkat di rantau itu sejak peningkatan serangan balas melibatkan Houthi dan gabungan ketenteraan pimpinan Arab Saudi.

Recommended