00:00Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Pulau Pinang telah mengambil tindakan terhadap 496 kenderaan yang didapati beroperasi sebagai teksi haram tanpa permit
00:09sah atau kebenaran e-panggilan sejak awal tahun ini.
00:13Pengarah JPJ Pulau Pinang, Zulkifli Ismail berkata dalam tempoh tersebut, sebanyak 1,056 kenderaan persendirian telah diperiksa dengan 519 notis
00:23dikeluarkan atas pelbagai kesalahan berkaitan aktiviti teksi haram.
00:30Jelas beliau JPJ memandang serius kegiatan pengangkutan penumpang tanpa permit kerana ia boleh menjejaskan keselamatan penumpang dan mewujudkan persaingan tidak
00:39adil kepada pengusaha pengangkutan yang beroperasi secara sah.
00:43Beliau berkata semua kes yang dikesan setakat ini melibatkan pemandu tempatan.
00:48Dalam operasi khas yang dijalankan di lapangan terbang-terbangsa Pulau Pinang, sebanyak 12 kenderaan diperiksa dan 6 notis dikeluarkan terhadap
00:563 kenderaan yang didapati membawa penumpang tanpa permit sah.
01:00JPJ turut mengambil tindakan terhadap 3 pemandu yang kini disiasat mengikut Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
01:08Menurut Zulkifli, operasi berkenaan dijalankan hasil risikan dan aduan orang awam berhubung kegiatan pengangkutan penumpang secara haram di kawasan tumpuan
01:17pelancong dan pintu masuk utama negeri itu.
01:20Terima kasih telah menonton!