00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menolak kemungkinan tindakan ketenteraan serta-merta terhadap Iran
00:05dengan menegaskan bahawa Washington tidak merancang melancarkan serangan seawal Isnin.
00:10Dalam satu sidang media ringkas sebelum berlepas ke Michigan,
00:14beliau ditanya wartawan mengenai kemungkinan serangan ketenteraan terhadap Iran dalam masa terdekat.
00:19Tetapi Trump menolak kemungkinan tersebut dengan memberi maklum balas tidak.
00:25Beliau berkata pihaknya kini menerima dua set laporan risikan yang berbeza
00:30namun menegaskan hubungan Washington dengan Tehran masih berada dalam keadaan yang baik.
00:35Bagaimanapun, Trump memberikan isyarat bahawa semua pilihan masih terbuka berhubung konflik dengan Iran.
00:42Sebelum ini, beliau menyatakan hanya terdapat dua pilihan iaitu mencapai perjanjian diplomatik
00:48atau melaksanakan tindakan ketenteraan yang lebih agresif terhadap Tehran.
00:51Trump menegaskan bahawa Amerika Syarikat kini mempunyai kawalan terhadap Selak Hormuz
00:57yang menjadi laluan strategi perdagangan tenaga dunia.
01:01Isu Selak Hormuz terus menjadi titik pertikaian utama dalam konflik antara Amerika Syarikat dan Iran
01:06yang tercetus selepas serangan bersama Amerika Syarikat dan Israel pada Februari lalu.