00:00Bank Negara Malaysia BNM dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman OPR pada paras 2.75% dalam mesyuarat jawatan kuasa dasar
00:09moneteri pada Khamis.
00:10Menerusi nota penyelidikan Standard Chartered, ramalan itu berikutan tekanan inflasi yang masih terkawal dan pasaran ekonomi dunia tidak menentu.
00:21Menurut Standard Chartered, walaupun pertumbuhan ekonomi lebih kukuh, keadaan inflasi yang sederhana dijangka memberi ruang kepada BNM mengekalkan OPR buat
00:30masa ini.
00:31Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar KDNK merekodkan suku keempat meningkat kepada 6.3% tahun ke tahun berbanding 5.7
00:41% sebelum ini.
00:43Ini sekaligus menjadikan pertumbuhan keseluruhan tahun 2025 melebihi jangkaan iaitu sebanyak 5.2%.
00:51Namun, tekanan inflasi didapati semakin kurang meluas sepanjang suku terbabit, memberi petunjuk keadaan harga masih terkawal.
01:01Pasaran juga dijangka memberi perhatian terhadap sebarang perubahan nada dalam panduan dasar BNM, terutama sama ada terdapat isyarat yang cenderung
01:09kepada dasar moneteri lebih ketat.
Comments