Skip to playerSkip to main content
  • 18 hours ago
Dana Inovasi Media Fasa 1 menerima sambutan menggalakkan apabila 50 permohonan diterima sepanjang tempoh permohonan dibuka dari 1 hingga 14 Januari 2026.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dana Inovasi Media Fasa 1 menerima sambutan menggalakkan apabila 50 permohonan diterima sepanjang tempoh permohonan dibuka dari 1 hingga 14
00:11Januari 2026.
00:13Jurucakap Kerajaan Perpaduan Merangkap Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fazil berkata,
00:17daripada jumlah itu 34 organisasi media yang telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan keseluruhan RM10.3 juta.
00:29Keputusan ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan dana disalur secara berimpak tinggi, telus dan memberi manfaat langsung kepada pembangunan kapasiti
00:41industri termasuk aspek teknologi, kandungan dan pembangunan bakat.
00:48Fahmi bercakap dalam sidang media mingguan pasca mesyuarat kabinet pada Jumaat.
00:53Dalam masa sama, permohonan bagi Fasa 2 antara 9 hingga 22 Februari lalu turut menunjukkan momentum positif dengan penyertaan 19
01:02organisasi media,
01:03manakala Fasa 3 akan dibuka pada Ahad 1 Mac hingga 14 Mac.
01:08Tambah fahmi, perkembangan ini memperlihat kesungguhan pemain industri untuk terus berinovasi serta menyesuaikan model perniagaan mereka dengan keperluan dan realiti
01:19perniagaan semasa.
Comments

Recommended