Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Program RIUH Raya Baik-Baik 2026 yang bermula dari 25 Feb hingga 1 Mac ini menjadi platform memperkukuh produk dan rekaan tempatan menjelang Aidilfitri, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Program Riuh Raya Baik-Baik 2026 yang bermula dari 25 Februari hingga 1 Mac ini menjadi platform memperkukuh produk dan
00:10rekaan tempatan menjelang Aidilfitri, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fazil.
00:15Beliau berkata, program itu menghimpunkan 73 jenama, termasuk lebih 20 yang menyertai Riuh buat kali pertama, dengan pelbagai pengisian melibatkan
00:24produk pakaian, makanan dan minuman, persembahan serta bengkel kraft tangan.
00:32Katanya, beliau sangat berbangga kerana semua produk yang ditunjukkan adalah hasil idea kreatif anak-anak Malaysia.
00:40Mengulas lanjut, Fahmi berkata, penganjuran program oleh My Creative Ventures itu membuktikan komitmen berterusan Kementerian Komunikasi dalam mengangkat idea kreatif
00:49anak tempatan ke platform arus perdana.
00:52Beliau berkata, program itu turut menyasarkan kehadiran 60,000 pengunjung sepanjang 5 hari penganjurannya, terutama pada hujung minggu.
01:01Riuh Raya Baik-Baik 2026 yang bertemakan Kampung Kita berlangsung selama 12 jam setiap hari, dari 3 petang hingga 3
01:10pagi, sekaligus memberi peluang kepada pengunjung membeli belah dalam suasana lebih santai pada waktu malam.
01:16Berbagai aktiviti diatur sepanjang program berkenaan termasuk bengkel kreatif, persembahan artis selain menghasilkan kad raya, menganyam ketupat, mempelajari asas jahitan
01:28dan permainan tradisional secara percuma.
01:31Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended