Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
PBB melaporkan lebih separuh pergerakan bantuan kemanusiaan ke Gaza sepanjang Ramadan dihalang pihak berkuasa Israel, sekali gus memburukkan kekurangan bekalan asas. Dua pertiga lori bantuan dari koridor Mesir turut dipaksa berpatah balik. Daripada sepuluh misi yang dirancang, hanya empat diluluskan. PBB turut mengesan peningkatan kecederaan serius dan amputasi dalam kalangan penduduk sejak gencatan senjata bermula.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lebih separuh daripada pergerakan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza ketika bulan Ramadan telah dihalang oleh rejim Zionis Israel.
00:10Menurut Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Stephanie Dujarik, perkara sebegini sekaligus bakal memburukkan lagi keadaan kekurangan bekalan kepada orang
00:20awam di Gaza.
00:22Tambah Dujarik, kira-kira 2 per 3 lori bantuan yang masuk melalui koridor Mesir telah dipaksa berpatah balik bulan ini.
00:31Jelasnya pergerakan bantuan yang diselaraskan bersama pihak berkuasa Israel masih berjalan namun tidak sepenuhnya dipermudahkan.
00:39Selain itu, beliau memaklumkan daripada 10 misi bantuan yang dirancang pada Khamis, hanya 4 dibenarkan.
00:45Ini termasuk misi mengumpulkan bahan api, kemah dan kit bayi dari lintasan Kerem Shalom atau Kerem Abu Salam.
00:54Lima lagi misi dihalang, manakala satu permohonan untuk menilai kemudahan air, sanitasi dan kebersihan di Gaza Utara ditolak sepenuhnya.
01:03Sementara itu, Dujarik menekankan keperluan kesihatan yang semakin meningkat serta rakan-rakan kemanusiaan di lapangan kini melihat lebih ramai penduduk
01:12mengalami kecederaan yang menyebabkan kecacatan.
01:15Menurutnya, ramai daripada mereka menjalani amputasi, manakala yang lain mengalami kecederaan saraf tunjang dan trauma otak.
01:24Ratusan mangsa dilaporkan mengalami kecederaan trauma sejak kejata senjata bermula.
01:29Mengulas mengenai mengapa lori bantuan di lorong Mesir ditolak, Dujarik menjelaskan bantuan tersebut tidak diluluskan oleh pihak berkuasa Israel termasuk
01:39peralatan berat untuk membersihkan runtuhan, prostatik serta peralatan lain yang dianggap kritikal oleh PBB.
01:47Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended