Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Umat Islam dinasihatkan tidak membuat spekulasi awal berhubung 1 Syawal dan menunggu pengumuman rasmi pihak berautoriti.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Umat Islam dinasihatkan tidak membuat spekulasi awal berhubung satu syawal dan menunggu pengumuman rasmi pihak berautoriti.
00:09Jabatan Mufti Negeri Perak dalam kenyataan menasihatkan masyarakat bertenang serta memahami bahawa perbezaan daripada jangkaan adalah perkara yang boleh berlaku
00:19dalam disiplin falak.
00:23Kata jabatan itu, takwim hijrah yang diedarkan kepada umum disusun berdasarkan data hisap sebagai panduan perancangan tahunan.
00:31Walau bagaimanapun, penetapan rasmi satu syawal adalah tertakluk kepada proses Rukiah Hilal pada petang 29 Ramadan serta pengistiharan pihak berautoriti
00:42dan sebarang perbezaan antara jangkaan takwim dan keputusan rasmi bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam sistem penentuan awal bulan Islam.
00:52Menurut kenyataan tersebut, Malaysia mengamalkan pendekatan Rukiah dan hisap secara bersepadu secara prinsip falak apabila Hilal ataupun Anak Bulan berada
01:02di atas ufuk ketika matahari terbenam ia mempunyai potensi untuk dilihat.
01:07Bagaimanapun, dalam konteks di Malaysia, tahap kebolehlihatan Hilal bergantung kepada beberapa parameter teknikal
01:15seperti ketinggian Hilal ataupun Altitude dan jarak antara bulan dan matahari ataupun Elongasi.
01:22Hilal yang terlalu rendah atau hampir dengan ufuk mempunyai potensi kenampakan yang sangat lemah walaupun secara teorinya ia telah wujud.
01:31Oleh itu, kewujudan Hilal di atas ufuk tidak semestinya menjamin kenampakan secara fizikal.
01:38Selain itu, Jabatan Mufti Negeri Perak memaklumkan keadaan cuaca seperti awan tebal, jerebu atau gangguan atmosfera adalah cabaran utama dalam
01:47proses cerapan.
01:48Menurut Jabatan itu, walaupun secara hisap, Hilal dijangka mempunyai potensi untuk dilihat walaupun tidak memenuhi kriteria.
01:58Faktor cuaca boleh menghalang penampakan sebenar.
02:02Sebaliknya, dalam keadaan atmosfera yang sangat baik dan ia merupakan satu perkara yang jarang berlaku di Malaysia, Hilal kadangkala berjaya
02:10dicerap.
02:11Ini menunjukkan, keputusan penetapan tidak hanya bergantung kepada data kiraan tetapi juga realiti cerapan di lapangan.
02:20Kenyataan itu turut menjelaskan parameter Hilal setiap tahun adalah berbeza dan pada tahun ini, kedudukan Hilal syawal didapati lebih rendah
02:28dan lebih sukar untuk dicerap berbanding 2022.
02:31Maka secara teknikal, tahap kebolehlihatannya juga adalah lebih sukar.
02:38Namun, keputusan rasmi tetap bergantung kepada dapatan cerapan sebenar, proses pengesahan yang ditetapkan dan pengisytiharan penyimpan mohon besar Raja-Raja.
02:48Jabatan Mufti Negeri Perak juga menggalakkan agar persiapan Aidilfitri dibuat secara terancang dan lebih awal demi mengelakkan sebarang kesulitan di
02:57saat akhir.
02:58Tular di media sosial kebebangan masyarakat bahawa satu syawal pada tahun ini akan jatuh pada 20 Mac iaitu Jumaat berbanding
03:06jangkaan pada 21 Mac ataupun Sabtu.
03:09Ia bakal mengulangi situasi pada 2022 apabila hari pertama Aidilfitri disambut secara terkejut apabila jatuh sehari awal daripada jangkaan.
Comments

Recommended