Skip to playerSkip to main content
  • 40 minutes ago
Sebuah pesawat Hercules milik Tentera Udara Bolivia yang membawa wang kertas baharu dilaporkan terhempas akibat cuaca buruk di El Alto, mengorbankan 15 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 30 mangsa. Pesawat tersebut tergelincir dari landasan sebelum merempuh jalan raya sesak. Lapangan Terbang Antarabangsa El Alto ditutup sementara susulan kejadian, manakala imej di lokasi menunjukkan kerosakan teruk pada pesawat dan beberapa kenderaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebuah pesawat milik tentera udara Bolivia yang dikatakan sedang membawa wang kertas baharu dilaporkan terhempas sesulan cuaca buruk di bandar
00:09El Alto di Ibu Negara Lepas pada Jumaat.
00:12Menurut pihak berkuasa tempatan, kejadian tersebut mengorbankan seramai 15 orang, madakala sekurang-kurangnya 30 lagi cedera.
00:20Difahamkan pesawat tentera itu berlepas dari bandar Santa Cruz sebelum terhempas sejurus mendarat dan tergelincir keluar dari landasan menuju ke
00:29sebuah jalan berdekatan.
00:31Media antarbangsa melaporkan ketika kejadian situasi kelam kabut dengan orang ramai dilihat bergegas ke lokasi nahas yang memungut uang yang
00:40bertaburan di jalan raya.
00:42Berkuasa yang berada di lokasi terpaksa menghalang orang ramai dengan menggunakan semburan air dan gas pemedih mata.
00:49Lapangan terbang antarbangsa El Alto ditutup sementara sesulat nahas berkenaan.
00:54Gambar yang disiarkan media antarbangsa menunjukkan pesawat berkenaan mengalami kerosakan teruk termasuk beberapa kenderaan di jalan raya lokasi ia terhempas.
01:06Terima kasih.
01:11Terima kasih.
01:13Terima kasih.
Comments

Recommended