00:00Seorang anggota polis maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori di Jalan Ceras dari arah Taman Midah
00:09menghala ke Taman Konoth di Ceras, Ibu Negara pada Jemaat.
00:13Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik JSPT Kuala Lumpur, SCP Mohd Zamzuri Mohd Isa, dalam kejadian pada satu sepuluh
00:22tengah hari itu, mangsa yang berusia 34 tahun sedang menunggang motosikal Yamaha 135 LC.
00:31Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa yang bertugas di urus setia KPN Bukit Aman, dipercayai mencelah di antara dua lorong
00:39ketika aliran trafik sesak sebelum sebuah kenderaan dihadapannya membrake secara mengejut.
00:45Kejadian menyebabkan mangsa gagal mengawal motosikal lalu terjatuh dan termasuk ke bawah sebuah lori sinotrak Howo yang sedang bergerak ke
00:55lorong kiri.
00:55Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan hospital, Chancellor Tuanku
01:05Muhris.
01:06Beliau berkata pemandu lori berusia 45 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41
01:15Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
01:20Ujian alkohol terhadap pemandu didapati negatif manakala pemeriksaan saringan air kencing akan dijalankan.
01:27Beliau berkata terdapat sebuah lagi kenderaan yang masih belum dikenalpasti dipercayai turut terlibat dalam kemalangan itu.
01:35Orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis trafik Tun H.S.
01:44Lee di talian 032071-9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Comments