Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Perolehan 26 set tren Transit Aliran Ringan (LRT) baharu oleh Prasarana Malaysia Bhd bagi laluan Kelana Jaya dijangka tiba pada 2028, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perolehan 26 set tren transit aliran ringan LRT baru oleh Prasarana Malaysia Berhad bagi laluan Kelana Jaya dijangka tiba pada
00:102028.
00:11Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Lok, perolehan itu adalah sebahagian daripada strategi Prasarana untuk menstabilkan set tren jenis Bombardier 818 Series
00:21atau tren 818 yang semakin berusia, termasuk alat ganti tambahan lebih awal.
00:27Lok berkata perolehan itu juga menyusuli penambahan 27 set tren jenis Bombardier Inovia Metro 300 di bawah program Kuala Lumpur
00:38Additional Vehicle 27 atau CLUF 27.
00:42Set tren baru CLUF 27 yang terakhir telah memulakan perkhidmatan pada tahun lepas.
00:47Beliau turut menasihati pihak pengurusan Prasarana supaya lebih proaktif dalam strategi penyelenggaraan dan penyampaian maklumat agar isu melibatkan set tren
00:57818 tidak menenggelamkan penambahbaikan yang telah dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun lepas.
01:04Menerusi belanjawan 2026, kerajaan mengumumkan penggantian 26 tren baharu bagi laluan LRT Kelana Jaya dengan kos RM1 bilion oleh Prasarana
01:17bagi menambahbaik perkhidmatan pengangkutan awam.
Comments

Recommended