Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Polis Hulu Selangor mengesahkan menerima laporan kes ragut melibatkan seorang wanita pada malam semalam. Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek berdasarkan rakaman CCTV. Dua suspek dipercayai terlibat, termasuk individu yang meragut loket mangsa sebelum melarikan diri dengan motosikal Yamaha Y15ZR. Polis meminta saksi tampil memberi maklumat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat dalam satu kejadian cubaan ragut terhadap seorang wanita di hadapan sebuah kedai runcit
00:08di kawasan Bukit Beruntung pada Jumaat.
00:10Menurut Ketua Polis Daerah Hulus Langor, Supretenden Ibrahim Husin, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 9 malam
00:19daripada seorang wanita yang mendakwa rantai leher dipakainya telah diragut dari arah belakang ketika sedang duduk dan bercakap telefon di
00:28hadapan premis berkenaan.
00:30Jelas beliau suspek lelaki yang tidak dikenalpasti memakai topi keledar dan jaket hitam telah menarik tali rantai berwarna kuning yang
00:39mempunyai tiga loket keemasan sehingga terputus dan jatuh ke lantai.
00:45Suspek kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR berwarna hitam yang ditunggang oleh seorang lagi individu dengan nombor
00:57pendaftaran tidak dapat dipastikan.
00:59Beliau berkata mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan atau kerugian akibat kejadian tersebut.
01:05Tambah Ibrahim, pihak polis kini sedang menjalankan usaha mengesan dan menangkap suspek yang terlibat.
01:11Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi ibu pejabat polis daerah Hulus Langor di talian 03-6065-1021
01:23atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
01:29Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended