Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
FAM disaran kekal memberi tumpuan kepada persiapan perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam meskipun keputusan rayuan tujuh pemain warisan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) masih belum diumumkan. Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari meminta penyokong mengelakkan spekulasi dan menegaskan bahawa fokus pasukan tidak boleh terganggu. KBS turut mengekalkan pendirian untuk tidak mencampuri urusan persatuan sukan sehingga keputusan CAS dimuktamadkan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pesatuan Bola Sepak Malaysia FAM disaran supaya terus memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam
00:10pada 31 Mac.
00:12Walaupun keputusan rayuan kes tujuh pemain warisan Harimau Melayu di Mahkamah Timbang Tarasukan CAS masih belum diumumkan.
00:21Kenyataan tersebut disuarakan Menteri Belia dan Sukan Dr. Mohd Taufik Johari sambil menggesa peminat bola sepak tempatan untuk bertenang serta
00:30mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan fokus pasukan kebangsaan.
00:36Selain itu, beliau memaklumkan keputusan CAS yang akan diumumkan kelak diharapkan dapat membantu memperjelas isu yang berbangkit serta mengukuhkan pembangunan
00:45bola sepak negara.
00:47Tegasnya fokus FAM terhadap persiapan pasukan tidak boleh terjejas dengan perkembangan tersebut lebih-lebih lagi menjelang pertembungan penting menentang Vietnam.
00:58Sementara itu, Taufik juga memaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan KBS tidak akan mencampuri urusan yang melibatkan persatuan sukan memandangkan
01:07kementerian dan persatuan mempunyai garis pemisah yang jelas.
01:10Jelasnya sebarang tindakan susulan hanya akan dipertimbangkan selepas keputusan CAS dimuktamadkan.
Comments

Recommended