Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Seramai 30 pemimpin Srikandi BERSATU secara kolektif menyatakan hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua sayap itu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seramai 30 pemimpin Sri Kandi Bersatu secara kolektif menyatakan hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Sayap itu, Dato' Mas
00:11Ermiati Samsudin.
00:12Mereka adalah 19 eksko Sri Kandi Bersatu, 9 Ketua Sri Kandi Negeri dan 2 Ahli Dewan Undangan Negeri adun daripada
00:21sayap itu.
00:25Menurut mereka, dalam satu kenyataan bersama, keputusan itu dibuat susulan perkembangan semasa yang menunjukkan wujud kenyataan dan tindakan didakwa tidak
00:34selaras dengan perlembagaan parti serta prinsip disiplin organisasi yang wajib dipatuhi oleh setiap pimpinan.
00:42Malah menurut kenyataan itu, kenyataan dan tindakan Mas Ermiati didakwa tidak melalui musyawarah serta mandat platform organisasi Sayap Sri Kandi.
00:52Menurut mereka, perkara itu bukan sahaja menjejaskan kestabilan dalaman malah berpotensi menghakis kepercayaan serta merencatkan kesatuan Sri Kandi pada semua
01:03peringkat.
01:03Sehubungan itu, mereka menegaskan segala keputusan, kenyataan serta pendirian dibuat Mas Ermiati kebelakangan ini adalah atas kapasiti peribadinya semata-mata
01:14dan tidak mendapat sokongan serta persetujuan Ex-Kos Sri Kandi Malaysia mahupun majoriti Ketua Sri Kandi Negeri.
01:23Sembilan ketua Sri Kandi Negeri Terbabit dalam kenyataan itu ialah Johor, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang, Terengganu dan
01:32Sarawak.
01:33Manakala dua adun berkenaan ialah Datuk Halimatun Shaadiah Saad, Bukit Kayu Hitam serta Nurhas Linda Zakaria, Pangkok.
01:41Menurut kenyataan itu lagi, mereka tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan yang boleh melemahkan organisasi.
01:50Melalui kenyataan itu, mereka turut menegaskan pendirian untuk kekal bersama Presiden Bersatu dan Sri Muhyiddin Yassin walaupun ada usaha pihak
02:00tidak bertanggungjawab yang ingin mengurangkan sokongan mereka.
02:03Sementara itu, Muhyiddin dalam hantaran melalui Facebook beliau pula kongsikan foto pertemuannya bersama barisan kepimpinan Sri Kandi Bersatu pada Khamis.
Comments

Recommended