Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Pihak berkuasa berkata daripada 12 suspek itu, lapan didakwa bertindak sebagai broker yang mendapatkan dan menguruskan jualan, manakala empat ibu bapa kandung didakwa menjual bayi mereka sendiri.
Transcript
00:00Polis Indonesia membongkar sindiket pemberdagangan bayi yang didakwa menjual bayi menerusi platform media sosial
00:06dengan berselindung sebagai proses pengambilan anak angkat berikutan penahanan 12 suspek dan penemuan 7 bayi.
00:14Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Nunung Syafuddin berkata rangkaian itu beroperasi di beberapa wilayah sejak 2024
00:21dan mengaut keuntungan ratusan juta rupiah.
00:27Penyiasat menamakan 12 suspek mendapatkan bukti penting dan menyelamatkan 7 bayi yang menjadi mangsa.
00:34Sementara itu, pengarah unit pelindungan dan anti-pemberdagangan wanita dan kanak-kanak Nurul Azizah berkata
00:40sindiket dipercayai mengeksploitasi platform seperti Facebook dan TikTok untuk memasarkan bayi kepada bakal ibu bapa angkat.
00:48Ia menama urus niaga itu sebagai proses mengambil anak angkat atau mendapatkan hak penjagaan anak yang sah.
00:55Kegiatan itu beroperasi di Jakarta, Banten, Yogyakarta, Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur, Sulawesi Selatan, Jambi, Bali, Kalimantan, Kepulauan Riau
01:07dan Papua
01:08menunjukkan rangkaian yang luas dan terkoordinasi.
01:12Daripada 12 suspek itu, 8 didakwa bertindak sebagai broker yang mendapatkan dan menguruskan jualan, manakala 4 ibu bapa kandung didakwa
01:21menjual bayi mereka sendiri.
01:24Beliau berkata pihak berkuasa merampas 21 telefon bimbit, 17 kad ATM, 74 dokumen dan beg berisi bekalan bayi dipercayai berkaitan
01:34operasi haram itu.
01:36Suspek disiasat di bawah Undang-Undang Pelindungan Kanak-Kanak Indonesia yang memperuntukkan hukuman berat dalam kes melibatkan pemberdagangan dan eksploitasi
01:44kanak-kanak.
Comments

Recommended