00:00Malaysia perlu memperluas rangkaian perdagangan dan mempelbagaikan pasaran ekspor bagi mengurangkan risiko ketidaktentuan global, susulan tarif Amerika Syarikat.
00:10Fellow Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan, ECOFI, Universiti Utara Malaysia Prof. Mada Dr. Irwan Shah Zainal Abidin berkata,
00:19langkah itu lebih wajar berbanding bertindak secara emosi untuk membatalkan kerjasama sedia ada.
00:28Selain daripada kita mempelbagaikan pasaran itu, kita juga perlu mengukuhkan ekonomi domestik kita dengan memperkuatkan lagi kita punya asas-asas
00:39ekonomi
00:40dan juga memperbanyakkan lagi reformasi-reformasi yang berbentuk struktural untuk menguatkan ekonomi kita dan memberikan keyakinan kepada pelabur.
00:53kita sudah nampak rancangan Malaysia ke-13 NIMP 2030, National Semiconductor Strategy.
00:58Beliau berkata demikian dalam agenda Awani pada Rabu.
01:02Tambahnya lagi, semua langkah ini bertujuan memperkukuh ekonomi Malaysia, meningkatkan pengeluaran barangan tempatan,
01:08sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pasaran luar, khususnya Amerika Syarikat.
01:13Sebab itu, Malaysia mempelbagaikan ekonominya kalau kita lihat ke negara-negara dan juga dari segi bilateral dan juga multilateral.
01:28Sebab itu, kita pun sudah ada RCEP, CPTPP.
01:35Jadi, maksudnya perlu double down terhadap usaha-usaha ini.
01:40Dan secara bilateral, contohnya baru-baru ini dengan India, kita cuba berbincang bagaimana perdagangan ini,
01:47kita menggunakan matawang sesama kita.
01:50Jadi, mengurangkan pergantungan kepada US Dollar.
01:54Baru-baru ini, Presiden Donald Trump menaikkan tarif global kepada 15% daripada 10%.
02:00Ini selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat membatalkan sebahagian besar langkah perdagangan terdahulu di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Terbangsa.
02:09Cukai baru itu dijadual dilaksanakan selama 150 hari, kecuali dilanjutkan Kongres,
02:16selain dilihat sebagai langkah sementara menuju dasar perdagangan Amerika yang lebih kukuh dan berterusan.
Comments