Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Menteri Pengangkutan Anthony Loke mendedahkan wujud kebocoran maklumat dalaman dalam Jabatan Pengangkutan Jalan yang dipercayai membantu sindiket tonto mengetahui operasi penguatkuasaan lebih awal, dan menyatakan sokongan penuh terhadap tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Transcript
00:00Menteri Pengangkutan Anthony Locke mendedahkan berlakunya kebocoran maklumat dalaman Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ
00:06yang membolehkan sindiket Tonto mengetahui operasi penguatkuasaan lebih awal.
00:12Kebocoran itu dikesan selepas menerima pelbagai aduan termasuk daripada pengusaha lori di beberapa negeri termasuk di Sabah.
00:20Bahawa kadangkala maklumat-maklumat penguatkuasaan ini telah pun diketahui oleh pengusaha-pengusaha sebelum pun penguatkuasa turun ke Padang.
00:34Ini bermaksud bahawa ada maklumat terbongkar daripada elemen dalaman JPJ.
00:40Maksudnya ada kaki tangan dan juga pegawai ataupun pegawai penguatkuasa JPJ yang membongkarkan maklumat ini kepada pihak luar sebelum tindakan
00:53penguatkuasaan itu diambil.
00:54Dan ini telah pun berlaku beberapa kali dalam masa beberapa bulan ini.
01:01Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyerahan zakat perniagaan RAC tahun 2025 dan program Ihya Ramadhan bersama anak yatim dan
01:10media di Kuala Lumpur pada Rabu.
01:12Dalam pada itu, beliau turut menyatakan sokongan terhadap tindakan tegas suruhan jaya penjagaan rasuah Malaysia SPRM dalam menengani isu Tonto.
01:21Hasil kerjasama tersebut seramai 13 individu termasuk 3 anggota penguatkuasa ditahan reman disyakit terlibat dalam katel Tonto yang menawarkan rasuah
01:31antara RM100 hingga RM4,500 sebulan bagi mendapatkan pelindungan daripada tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
01:39Lok menegaskan perkara itu tidak boleh dikompromi dan memberi amaran bukan sahaja pegawai terlibat akan dikenakan tindakan, malah pengusaha yang
01:49membayar Tonto juga boleh berdepan penggantungan permit atau penarikan balik SN.
Comments

Recommended