Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pihaknya memandang serius isu melibatkan tindakan seorang mahasiswa di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang dikaitkan dengan perbuatan menghina kemuliaan Nabi Muhammad SAW serta kesucian Al-Quran.
Transcript
00:00Sebarang tindakan atau kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum tidak boleh dipandang ringan kerana berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat di
00:09negara ini.
00:10Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdi Wan Ismail berkata pihaknya, memandang serius, isu melibatkan tindakan seorang mahasiswa di Universiti
00:19Malaysia Pahang, Al-Sultan Abdullah, UMPSA,
00:23yang dikaitkan dengan perbuatan menghina kemuliaan Nabi Muhammad serta kesucian Al-Quran.
00:30Dalam satu kenyataan, beliau berkata perbuatan seperti itu bukan sahaja mendukacitakan, malah lebih sensitif apabila ia berlaku dalam bulan Ramadan
00:38yang mulia.
00:39Beliau juga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan pihak pengurusan UMPSA untuk menjalankan siasatan serta menguruskan kes berkenaan secara menyeluruh,
00:50telus dan berlandaskan undang-undang serta peraturan sedia ada.
00:54Beliau turut menasihatkan orang ramai khususnya golongan muda, supaya sentiasa berfikir panjang dan berhati-hati dalam setiap tindakan serta perkongsian,
01:04terutama di ruang awam dan bidah sosial.
01:07Antara lain mengelakkan daripada terlibat dalam sebarang perbuatan yang boleh menggugat keharmonian, kestabilan dan perpaduan masyarakat.
01:15Terdahulu, UMPSA dalam satu kenyataan berkata pihaknya sedang menyiasat seorang individu didakwa pelajarnya kerana menyebarkan kandungan meda sosial yang menyentuh
01:25isu agama, kaum dan institusi diraja atau 3R sehingga menjejaskan keharmonian awam.
01:33Pihak polis dalam kenyataan berasingan juga mengesahkan sudah menahan mahasiswa universiti berkenaan kerana disyaki memuat naik dan menyebarkan kandungan menyentuh
01:41isu 3R menerusi meda sosial.
Comments

Recommended