00:00Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dipindahkan dari kediaman rasmi beliau di Canberra
00:04selepas satu ancaman bom diterima.
00:07Ia susulan siri persembahan kumpulan tarian dan muzik klasik China, Shen Yun,
00:12yang dijadual berlangsung di Australia.
00:16Menurut Polis Persekutuan Australia, AFP,
00:20ancaman itu diterima melalui email yang mendakwa bahan letupan telah diletakkan di sekitar The Lodge,
00:25kediaman rasmi Perdana Menteri dan akan diletupkan sekiranya persembahan Shen Yun diteruskan.
00:32Bagaimanapun, hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang objek mencurigakan
00:36dan pihak polis mengesahkan tiada ancaman terhadap keselamatan awam.
00:40Media tempatan melaporkan email itu dihantar kepada penganjur persembahan Shen Yun,
00:45kumpulan yang dikaitkan dengan gerakan Falun Gong dan diharamkan di China.
00:51Ancaman tersebut kemudian disalukan kepada polis menyebabkan tindakan segera diambil
00:56bagi memindahkan Albanese sekitar jam 6 petang selasa.
01:00Albanese dalam kenyataan pertamanya selepas insiden itu menyeru rakyat Australia
01:04agar bertenang dalam isu melibatkan wacana politik dan mengingatkan keselamatan tidak boleh diambil mudah.
01:11Siasatan lanjut masih diteruskan berhubung ancaman berkenaan
01:14yang turut diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada peningkatan insiden amaran keselamatan
01:20terhadap ahli politik di negara itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Comments