Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri Aznan Tamin berkata sekolah terlibat ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sengkang membabitkan 178 murid, 16 guru dan tiga Anggota Kumpulan Pelaksana (C), serta SJKC Kulai Besar melibatkan 1,353 murid, 71 guru dan lima AKP.
Transcript
00:00Seramai 1,531 murid daripada dua sekolah rendah diarahkan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah atau PDPR.
00:08Ia susulan penutupan sementara sekolah masing-masing selepas insiden kebakaran kilang memproses getah di kawasan perindustrian di Sengkang dekat Kulai.
00:19Pengurusi Jawatan Kuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Aznan Tamin berkata, sekolah terlibat ialah sekolah jenis kebangsaan China SJKC Sengkang membabitkan
00:28178 murid, 16 guru dan tiga anggota kumpulan pelaksana AKP serta SJKC Kulai Besar melibatkan 1,353 murid, 71 guru
00:40dan 5 AKP.
00:41Dalam satu kenyataan, beliau berkata penutupan itu dibuat berdasarkan nasihat serta penilaian keselamatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah PKD Kulai.
00:50Katanya lagi, hasil pemontauan pihak berkaitan mendapati masih terdapat asap serta bau pembakaran di kawasan sekolah yang berpotensi menjejaskan kesihatan
00:59warga sekolah sekiranya sesi persekolahan diteruskan dalam keadaan semasa.
01:04Sehubungan itu, pihak sekolah diminta melaksanakan PDPR dengan merujuk garis panduan pengurusan PDPR serta mematuhi sepenuhnya arahan ditetapkan PKD dari
01:14semasa ke semasa.
Comments

Recommended