00:00Taktik Sindiket Visa Palsu Antarabangsa dikenali sebagai David Lawrence
00:05yang menawarkan dokumen perjalanan ke negara Eropah pada harga mencecah RM20,000
00:11tumpas selepas dibongkar Jabatan Imigresen Kuala Lumpur.
00:15Dalam kenyataan Imigresen Kuala Lumpur, memaklumkan kegiatan itu terbongkar hasil risikan selama 3 bulan
00:21sebelum membawa kepada serbuan di sebuah rumah di Sungai Besi pada 10 Februari lalu
00:26yang dijadikan markas operasi.
00:30Menurutnya, sindiket terbabit didalangi pasangan suami-isteri warga Bangladesh
00:34berusia lingkungan 30-an dan dipercaya aktif sejak 8 bulan lalu.
00:39Modus operandi sindiket adalah dengan memproses visa antarabangsa palsu bagi pelanggan di Bangladesh.
00:46Sementara dokumen pelanggan akan dihantar ke Malaysia melalui kuria antarabangsa sebelum dipalsukan
00:52dan digunakan bagi tujuan perjalanan ke negara Eropah.
00:56Imigresen Kuala Lumpur berkata hasil serbuan pihaknya merampas beberapa pasport Bangladesh,
01:02cop palsu negara asing, slip imigresen disyaki palsu, telefon bimbit, komputer riba
01:08serta peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pemalsuan itu.
01:13Pada 23 Februari lalu, kedua-dua suspek sudah didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur
01:18dan mengaku bersalah atas sembilan petuduhan.
01:21Dalam pada itu, jabatan itu menegaskan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak
01:27yang melanggar Akta Imigresen 1959 Palang 63, kurungan Akta 155 termasuk kis pemalsuan dokumen.
01:36Terima kasih telah menonton!
Comments