00:00Seorang lelaki Rohingya didakwa di Mahkamah Magistret Kota Tinggi pada Rabu
00:04atas dua pertuduhan termasuk membunuh isterinya yang sedang hamil pada 13 Februari lalu.
00:11Rashidullah Mong Fumiyah, 35 tahun, penganggup faham selepas pertuduhan dibacakan
00:17di hadapan Magistret Nur Khalidah Farhana Abu Bakar,
00:21namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:27Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa membunuh Fazanah Eskar, 34 tahun,
00:32pada awal pagi 13 Februari di sebuah rumah di kampung Makam Kota Tinggi.
00:37Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan
00:41yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun
00:45dan sebatan tidak kurang 12 kali jika tidak dijatuhi hukuman mati jika sabit kesalahan.
00:51Tiada jaminan ditawarkan dan Mahkamah menetapkan 22 April untuk sebutan semula kes
00:56bagi serahan laporan berdasar siasat dan kimia.
01:00Bagi pertuduhan kedua, Rashidullah didakwa menghentak kepala kiri isrinya
01:04menggunakan lesung batu hingga menyebabkan kematian mangsa serta anak
01:09dalam kandungannya di lokasi dan pada tarikh sama.
01:13Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 316 Kanun Kesiksaan
01:17yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda
01:20jika sabit kesalahan.
01:23Rashidullah memberitahu faham akan pertuduhan dan hukuman dihadapinya
01:26namun ketika ditanya sama ada mengaku bersalah atau tidak
01:30lelaki itu hanya menangis memohon maaf.
01:34Mahkamah menetapkan 18 Mac untuk sebutan semula kes
01:37bagi kehadiran Jurubahasa Myanmar.
Comments