Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa tersentuh dan penghargaan atas tindakan nekad pemuda berkenaan yang sanggup mempertaruhkan keselamatan diri demi menyelamatkan tiga nyawa.
Transcript
00:00Tindakan pantas tujuh pemuda yang terjun ke Tasik bagi menyelamatkan seorang ibu serta dua anak kecil yang terlibat dalam nahas
00:08di Tasik Biru Kundang, Rawang, Isnin Lepas,
00:11mendapat perhatian dan pujian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
00:15Menerusi hantaran di Facebook, Anwar menzahirkan rasa tersentuh dan penghargaan atas tindakan nekat pemuda berkenaan yang sanggup mempertaruhkan keselamatan diri
00:25demi menyelamatkan tiga nyawa.
00:28Anwar berkata beliau menzahirkan penghargaan setulusnya untuk tujuh pemuda itu dan menambah keberanian dan keikhlasan mereka mencerminkan nilai kemanusiaan serta
00:37isan yang amat bermakna.
00:40Beliau turut mendoakan agar ibu serta kedua-dua anaknya dalam insiden itu diberi kesembuhan dan terus berada dalam perlindungan Allah
00:47SWT.
00:48Media pada Rabu melaporkan keberanian tujuh pemuda itu yang bertindak terjun ke dalam Tasik bagi menyelamatkan seorang wanita bersama dua
00:56anaknya
00:56selepas kenderaan dinaiki mereka terjunam ke dalam Tasik berkenaan.
01:00Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, wanita berusia lingkungan 40-an bersama dengan dua anak perempuannya yang masing
01:07-masing berusia 3 dan 6 tahun
01:09berjaya diselamatkan sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapat rawatan lanjut.
Comments

Recommended