Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Kerja-kerja pemindahan patung berhala di Kuil Sri Uchimalai Muniswaran, Taman Rawang Perdana, berjalan lancar.
Transcript
00:00Dan ini pula perkembangan mengenai isu kuil Seri Unci Malai Muniswaran, Taman Rawang Perdana di Rawang.
00:07Ketua Polis Langur, Datuk Syazili Kahar berkata kerja-kerja pemindahan patung berhala berkenaan berjalan lancar dengan kawalan pasukan polis.
00:14Menurutnya, proses itu dilaksanakan antara pukul 9.30 malam selasa hingga 4.12 pagi keesokan harinya oleh pihak pengurusan kuil
00:24berkenaan.
00:25Tambah beliau seramai 10 penganut dan wakil pengurusan kuil terbabit dalam kerja pemindahan kesemua empat patung berhala di premis berkenaan.
00:35Beliau memberitahu selepas urusan pemindahan selesai sepenuhnya, pemilik tanah memulakan kerja pembersihan tapak kuil pada awal pagi.
00:42Ujarnya, polis akan terus memantau perkembangan semasa bagi memastikan situasi kekal aman dan terkawal.
00:48Sebenarnya, polis mengingatkan semua pihak supaya menghormati saluran perundangan sedia ada dan tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh menggugat keharmonian
00:58kaum serta agama.
01:00Beliau turut melasati agar sebarang pertikaian diselesaikan mengikut prosedur ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan pemilik tanah yang sah.
Comments

Recommended