Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Telekom Malaysia dan U Mobile akan memeterai perjanjian baharu Rangkaian Teras 5G Berbilang Operator (MOCN) bagi mengukuhkan daya saing mudah alih serta menyokong aspirasi penggabungan syarikat.
Transcript
00:00Pada masa yang sama, TM dan UMobile bakal memeterai perjanjian baru untuk rangkaian teras 5G berbilang operator atau MOCN.
00:08Rangkaian itu sebagian daripada usaha untuk mengukuhkan daya saing segmen mudah alih dan juga memanjukan aspirasi penggabungan TM.
00:19Sehubungan itu, TM telah menggunakan hak kontrak di bawah perjanjian akses 5G sedia ada untuk menamatkan perjanjian sewaan borong 5G
00:28semasanya dengan Digital Nasional Berhad tertakluk kepada proses kawal selia.
00:32Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia, TM menyatakan perkhidmatan mudah alih merupakan tonggak penting dalam usaha penggabungan membolehkan perkhidmatan tetap, mudah
00:43alih, kandungan dan pintar bersepadu merentasi segmen pengguna, PKS dan perusahaan.
00:49Peralihan perkhidmatan 5G akan dirancang dan dilaksanakan secara teliti bagi memastikan tiada gangguan kepada pengalaman pelanggan.
00:56TM turut menghargai peranan perintis DNB dalam mempercepat pelaksanaan 5G di seluruh negara dan menegaskan komitmen untuk terus bekerjasama dalam
01:05memajukan ekosistem infrastruktur digital Malaysia.
Comments

Recommended