00:00Sementara itu, ringgit Malaysia muncul antara mata wang terkuat di Asia apabila mencatatkan peningkatan 10.1% berbanding dolar Amerika
00:08sepanjang tahun lepas,
00:10sekaligus merekodkan kadar kenaikan tertinggi dalam kalangan rakan serantau.
00:14Menteri Keuangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata pengukuhan itu mencerminkan persekitaran luaran yang semakin baik dan asas ekonomi
00:22domestik yang kukuh.
00:27Katanya, pengukuhan nilai ringgit kebelakangan ini mencerminkan persekitaran luaran yang bertambah baik dan prospek ekonomi Malaysia yang kukuh.
00:35Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Bobi Ahfang bin Swan yang ingin tahu faktor serta dasar ekonomi yang menyumbar
00:42kepada pengiktirafan ringgit Malaysia
00:43sebagai antara mata wang terkuat di Asia dengan peningkatan tertinggi berbanding mata wang serantau yang lain.
00:49Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata, selain meningkat berbanding dolar Amerika, ringgit turut mencatatkan kenaikan antara 1.5% hingga 13
00:59.9% berbanding mata wang utama dan serantau lain.
01:03Apabila mengambil kira purata berwajaran mata wang rakan perdagangan utama seperti dolar Singapura, renminbi China dan dolar Amerika,
01:11kadar pertukaran efektif nominal ringgit meningkat sebanyak 6.1% dalam tempoh yang sama.
01:16Setakat 24 Februari 2026, ringgit terus mengukuh sebanyak 4.09% kepada paras 3.89 ringgit berbanding 1 dolar Amerika.
Comments