Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Prospek ekonomi Malaysia bagi suku kedua 2026 dijangka kekal berdaya tahan.
Transcript
00:00Prospek ekonomi Malaysia untuk suku kedua tahun ini dijangka kekal berdaya tahan.
00:05Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, Indeks Perlopor bagi Disember 2025 meningkat 0.1% kepada 114 mata
00:14di pacu pertumbuhan penawaran wang benar M1 dan juga peningkatan import semikonduktor.
00:26Ketua Perangkaan Muhammad Uzi Maidin berkata perkembangan itu mencerminkan kecairan kewangan domestik yang stabil
00:32serta permintaan berterusan terhadap komponen elektronik.
00:36Dalam masa sama, Indeks Serentak turut mencatat pertumbuhan tahunan 2.1% disokong peningkatan carumah benar kumpulan wang simpanan pekerja.
00:44Dalam pada itu, Indeks Serentak iaitu peninjuk ekonomi komprehensif yang mengukur prestasi dan keadaan ekonomi semasa mengekalkan momentum positif.
00:54Indeks itu mencatatkan pertumbuhan tahunan 2.1% kepada 129.3 mata berbanding 126.6 mata pada bulan sama tahun
01:04sebelumnya.
01:05Nilai carumah benar kumpulan wang simpanan pekerja KWSP meningkat 9.6% dan menjadi penyumbang terbesar kepada pertumbuhan tersebut.
01:14Secara keseluruhan, data terkini menunjukkan ekonomi negara kekal stabil dengan petunjuk positif bagi tempoh terdekat.
Comments

Recommended