00:00Beberapa negeri di timur Laut Amerika Syarikat termasuk New York, New Jersey dan Connecticut diisytiharkan darurat serta merta selepas ribut
00:08musim sejuk besar melanda rantau itu sejak Ahad.
00:12Ia menyebabkan hampir 400,000 kediaman terputus bekalan elektrik serta lebih 5,500 penerbangan dibatalkan atau ditangguhkan.
00:23Menjelang pagi Isnin, para salji melebihi 60 cm di beberapa kawasan termasuk di Massachusetts dan Rhode Island.
00:31Walaupun jentolak bekerja tanpa henti, salji lebat berterusan dan tiupan angin kencang menimbus semula jalan yang dibersihkan sekaligus menambah risiko
00:41perjalanan.
00:42Susulan itu, New Jersey melaksanakan larangan perjalanan untuk kenderaan bukan keperluan dengan pengecualian terhad di jalan raya, jambatan dan lebuh
00:51raya bermula Ahad.
00:53Sementara itu, New York City turut mengisytiharkan darurat dan mengeluarkan larangan perjalanan tidak penting pada Ahad.
01:00Walaupun larangan ditarik balik pada petang Isnin, Datuk Bandar Zuhuran Mamdani memberi amaran bandar itu masih berada di bawah amaran
01:08sekatan perjalanan.
01:10Perjalanan di seluruh New Jersey dan New York City, lumpuh akibat ribut salji tersebut.
01:17Pemulihan elektrik dan perkhidmatan awam dijangka mengambil masa beberapa hari lagi.
Comments