00:10Kejadian ribut dan pokok tumbang melanda kawasan Taman Damai Simpang di Taiping
00:15lewat petang selasa menjejaskan keliaman lebih 10 keluarga.
00:20Exko Terengganu dan Adun Cukai Dato' Hanafi Ahmad mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan
00:25menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan melibatkan anak kandungnya.
00:30Polis Johor mengesan 12 akaun TikTok dan laman web yang mempromosikan bantuan kasih Johor secara tidak sah
00:36dipercayai untuk memperdayakan bagi memperolehi maklumat peribadi individu.
00:41Kementerian Pengangkutan sedang meneliti pindaan berkaitan kaedah-kaedah mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987
00:47bagi memperuntukkan had laju 30km sejam secara khusus di zon sekolah.
00:53Petronas Dagangan Berhad mencatat keuntungan tertinggi sejak 2021 apabila merekodkan
00:59keuntungan selepas cukai sebanyak RM1.4 bilion bagi tahun kewangan 2025.
01:06Seramai 10 ahli Parlimen PKR berkemungkinan menolak atau mengambil pendirian berkecuali
01:11ketika pengundian rang undang-undang bagi pengasingan peranan pendakwa raya dan peguam negara
01:16jika semua syur penambahbaikan terhadap cadangan akta itu tidak diterima.
01:22Sekurang-kurangnya 74 maut di Meksiko termasuk 25 pegawai pengawal negara
01:26dalam operasi yang mengorbankan ketua kartel El Mancho
01:29serta keganasan yang menyusul selepas itu.
01:32Beberapa negeri di Timur Laut Amerika Syarikat termasuk New York, New Jersey dan Connecticut
01:36diisytiharkan darurat serta merta selepas ribut musim sejuk besar melanda rantau itu.
01:43Kerajaan Australia memulakan inkuiri diraja bagi menyiasat fahaman antisemitisme
01:47susulan serangan tembakan di Bondi Beach pada Disember 2025 yang beragut 15 nyawa.
01:53Syarikat pengangkutan global FedEx memfailkan saman di Mahkamah Perdagangan Antarabangsa
01:59Amerika Syarikat bagi menuntut bayaran balik tarif kecemasan yang dikenakan
02:03pentadbiran Presiden Donald Trump.
Comments