00:00Kementerian Perdagangan China menambah 20 entiti Jepun ke dalam senarai kawalan eksport bagi melindungi keselamatan dan kepentingan negara.
00:09Langkah itu turut diambil bagi memenuhi obligasi antarabangsa termasuk pencegahan proliferasi.
00:17Antara entiti yang disenaraikan ialah Mitsubishi Heavy Industries Shipbuilding Company Limited yang didakwa terlibat dalam usaha meningkatkan keupayaan ketenteraan Jepun.
00:28Pengendali eksport dilarang mengeksport barangan dui guna kepada entiti berkenaan dan semua aktiviti berkaitan yang sedang berjalan perlu dihentikan serta
00:38merta.
00:39Organisasi dan individu luar negara juga dilarang memindahkan atau membekalkan barangan dui guna berasal dari China kepada entiti tersebut.
00:48Dalam pengumuman berasingan, 20 lagi entiti Jepun termasuk Subaru Corporation dimasukkan ke dalam senarai pemantauan kerana pengguna akhir dan kegunaan
00:58akhir barangan dui guna tidak dapat disahkan.
01:02Kementerian berkata semakan lebih ketat akan dilaksanakan dan sebarang eksport yang melibatkan penggunaan ketenteraan Jepun tidak akan diluluskan.
01:10Menurut jurucakap kementerian, langkah itu diambil selaras dengan Undang-Undang Kawalan Eksport Negara dan peraturan berkaitan barangan dui guna.
01:20Bagaimanapun, tegas beliau, tindakan itu hanya menyasarkan sebahagian kecil entiti Jepun dan tidak akan menjejaskan hubungan ekonomi serta perdagangan biasa
01:29antara kedua-dua negara.
01:30Terima kasih telah menonton!
Comments