Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Perjuangan itu terus menjadi seruan sempena Himpunan Hari Al-Quds Sedunia yang akan diadakan pada 13 Mac depan di Menara Tabung Haji Kuala Lumpur.
Transcript
00:00Palestine harus selamat, merdeka dan berdaulat. Perjuangan itu terus menjadi seruan solidariti sempena himpunan Hari Al-Quds Sedunia yang dijadualkan
00:10pada 13 Mac depan di Menara Tabung Haji di Ibu Negara.
00:15Dan ini adalah suatu perhimpunan yang sangat kritikal tahun ini kerana kita dapati bahawa dunia semakin menggolak dengan apa yang
00:24dilakukan oleh Trump.
00:26dan dengan itu Malaysia harus bangkit, menyatakan suara kita, menolak peperangan, menolak hegemoni Amerika dan juga Israel.
00:37Perarakan aman yang bermula selepas solat jumat itu akan menuju ke kedutaan Amerika Syarikat bagi menyerahkan memoranda bantahan dengan menyasarkan
00:44kehadiran 10,000 peserta.
00:46Presiden Majlis Perhimpunan Pertubuhanan Islam Malaysia, Muhammad Azmi Abdul Hamid yang juga penyelara simpunan itu juga menyuarakan kebimbangan
00:54terhadap peningkatan ketegangan di Iran yang berisiko mencetuskan konflik serantau.
00:59Dan sekarang dunia sedang menyaksikan satu lagi tindakan yang sama sekali tidak akan diterima iaitu ancaman antara sebuah negara yang
01:07berdaulat iaitu Iran
01:08dan nampaknya kalau berlaku peperangan ini, kita Malaysia harus bangkit.
01:14Sebab itu 13 Mac depan Hari Al-Quds Sedunia adalah hari yang sangat penting.
01:17Ayuh semua datang bersama untuk kita menunjukkan solidariti kita dan menolak peperangan dalam bentuk apa pun.
Comments

Recommended