Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Menurut Kedutaan Malaysia di Mexico City, tiada rakyat Malaysia terlibat atau terjejas susulan situasi keselamatan tidak menentu di Mexico.
Transcript
00:00Kementerian Luar menerusi Kedutaan Malaysia di Meksiko City memantau rapi situasi keselamatan tidak menentu di Meksiko.
00:07Menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan, Kedutaan telah mengeluarkan nasihat menggeser rakyat Malaysia yang menetap atau melancong ke Meksiko supaya
00:16terus berwaspada.
00:18Ia termasuk berhati-hati dan sentiasa berjaga-jaga pada setiap masa, terutamanya di kawasan di mana operasi keselamatan dijalankan.
00:26Wisma Putra turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
00:32Difahamkan, tiada rakyat Malaysia terlibat atau terjejas dengan insiden tersebut.
00:37Wisma Putra memaklumkan akan terus memantau perkembangan dan berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan kemas kini selain koordinasi rapat
00:45dengan kedutaan.
00:46Rakyat Malaysia di Meksiko yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi kedutaan melalui Italian Tetra.
Comments

Recommended