Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Menurut laman web Kongres AS, pencalonannya telah dikembalikan kepada Presiden pada Januari di bawah peruntukan Peraturan Senat XXXI, perenggan 6 Peraturan Tetap Senat, menunjukkan bahawa pencalonan tersebut tidak melepasi Senat dan Presiden mesti mengemukakannya semula jika mahu meneruskannya dalam sesi akan datang.
Transcript
00:00Pengulas politik dan penulis Nick Adams yang dicalonkan sebagai Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia yang baharu pada Julai lalu,
00:07tidak akan menjawat jawatan tersebut.
00:10Adams yang dilahirkan di Australia, sahkan kepada The Sydney Morning Herald, beliau tidak akan menjadi Duta Amerika ke Malaysia yang
00:18seterusnya, namun membayangkan peranan baharu yang bakal diumumkan tidak lama lagi.
00:25Menerusi satu jawapan email kepada saluran berita itu, Adams berkata beliau telah dinaikkan pangkat daripada jawatan Duta.
00:33Pencalonannya tidak pernah disahkan Senat dan telah tamat tempoh pada akhir tahun ini, selaras dengan prosedur.
00:40Menurut laman web Kongres Amerika Syarikat, pencalonannya telah dikembalikan kepada Presiden pada Januari di bawah peruntukan Peraturan Senat 31, Perenggan
00:496, Peraturan Tetap Senat.
00:50Ia menunjukkan bahawa pencalonan tersebut tidak melepasi Senat dan Presiden mesti mengemukakannya semula jika mahu meneruskannya dalam sesi akan datang.
01:01Menurut laporan media, Adams tidak disenaraikan dalam senarai panjang pencalonan yang dikemukakan semula kepada Senat pada Januari.
01:08Beliau juga tidak termasuk dalam senarai lain yang dikemukakan bulan ini.
01:13Adams dalam satu hantaran DX pada 23 Februari memberi gambaran bahawa pengumuman besar akan datang tanpa memberikan butiran lanjut.
01:23Beliau dalam jawapan kepada saluran berita itu berkata maklumat lanjut mengenai perkara itu akan diumumkan minggu hadapan.
01:30Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended