00:00Bertemu kembali, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan AKPS serta Jabatan Kustom di Raja Malaysia perlu menggabungkan segala fasiliti dan peralatan
00:09sedia ada.
00:10Ini bagi memaksimumkan keberkesanan penggunaan teknologi dalam menangani lambakan kontena sisa elektronik e-waste dan plastik di negara ini.
00:21Ketua Peserjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, tindakan penguatkuasaan yang tegas serta koordinasi bersepadu antara semua agensi adalah kritikal.
00:32Ini berikutan jumlah sisa semakin meningkat dan kemasukan e-waste secara haram yang memerlukan tindakan segera serta operasi lebih kerap
00:41di lapangan.
00:41Katanya, setiap agensi perlu menetapkan pegawai bertanggungjawab semasa tindakan koordinasi dilaksanakan dengan semua pegawai terlibat diwajibkan berada di lokasi operasi.
00:53Beliau turut mengingatkan bahawa Perdana Menteri Datuk Suryano Ibrahim akan melakukan pemeriksaan mengejut dalam masa terdekat di lokasi kritikal.
01:01Sementara itu, Komender Kawalan Pintu Masuk Pelabuhan Klang Selangor AKPS Datuk Nik Ezzani Mohd Faisal berkata,
01:08terdapat 818 kontena e-waste terdampar di pelabuhan Klang sejak 2024.
01:15Katanya, penguatkuasaan dan kawal selia di semua pintu masuk negara perlu dipertingkatkan dengan semua agensi digesa memperkukuh mekanisme kawalan di
01:24peringkat pelabuhan.
Comments