00:00Sekurang-kurangnya, empat maut selepas sebuah helikopter tentera terhempas pada pagi selasa di Dorcheh, wilayah Isfahan, Iran.
00:08Maklumat awal menunjukkan helikopter itu terhempas di kawasan Dorcheh, Khomeini, Syahrir.
00:13Insiden berlaku dalam kawasan kompleks pasar borong buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan di Dorcheh.
00:20Juruterbang dan pembantu juruterbang maut dalam nahas itu,
00:24manakala dua lagi yang maut merupakan orang awam yang mengendalikan gerai di pasar berkenaan.
00:30Helikopter berkenaan dilaporkan sedang digunakan bagi tujuan latihan ketenteraan ketika insiden.
00:37Butiran mengenai punca nahas masih belum diumumkan secara rasmi.
Comments