Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menafikan dakwaan kewujudan ‘mafia korporat’ yang dikaitkan dengan suruhanjaya itu dan menegaskan tuduhan berkenaan merupakan cubaan mencemarkan kredibiliti siasatan serta tindakan penguatkuasaan dalam sektor korporat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, menafikan dawaan, kononnya, wujud mafia korporat yang dikaitkan dengan suruhanjaya itu.
00:09Tegas SPRM, tuduhan tanpa asas tersebut merupakan cubaan untuk mencemarkan kredibiliti siasatan dan tindakan penguatkuasaan yang sedang dijalankan.
00:20SPRM dalam satu kenyataan berkata, dawaan itu dipercayai berpunca daripada sebuah blok dalam talian yang tidak mempunyai pemilik atau penulis
00:28yang jelas.
00:29SPRM menolak sepenuhnya tuduhan tersebut dan memandang serius penyebaran dawaan palsu yang boleh menjejaskan keyakinan awam terhadap tindakan penguatkuasaan yang
00:38dijalankan secara sah.
00:40SPRM berpandangan tuduhan itu adalah isu lama yang dikitar semula dan sengaja dimainkan bagi mencemarkan imej serta reputasi suruhanjaya khususnya
00:50melibatkan siasatan terhadap pihak-pihak dalam sektor korporat.
00:53Menurutnya, semua siasatan dijalankan berasaskan bukti dan selaras dengan undang-undang.
00:59SPRM turut menegaskan penyebaran maklumat tanpa asas boleh dianggap sebagai fitnah dan berisiko mengelirukan masyarakat.
01:06Perkara itu kini dalam siasatan polis diraja Malaysia dan SPRM memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh.
Comments

Recommended