00:00Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ menjadi agensi penguatkuasa terawal yang menyahut tindakan tegas suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM
00:09bagi membanteras orang tengah terlibat dengan sindiket rasuah.
00:14Timbalan Ketua Pesuruh Jaya Operasi SPRM, Datuk Seri Ahmad Kusairi Yahya berkata,
00:19kerjasama strategik dengan JPJ akan diperkukuh melalui operasi bersama, pertukaran maklumat dan program pencegahan.
00:26Tindakan ini berfokus untuk menumpaskan ejen yang mengurus hubungan antara sindiket dan penguatkuasa, termasuk melindungi lori-lori yang terlibat.
00:36Beliau menjelaskan ejen dan orang tengah selalu mengaut keuntungan lebih besar berbanding penjawat awam.
00:42Sebagai contoh, kes melibatkan penguatkuasa yang membantu membawa masuk migren, ejen mengaut RM6,000, manakala penguatkuasa menerima kurang RM1,000.
00:52Dalam pada itu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Edy Fadli Ramli memberi komitmen, JPJ akan terus bekerjasama rapat dengan SPRM,
01:00termasuk melalui perkongsian maklumat risikan, pemantauan dalaman dan tindakan tegas terhadap pegawai yang bersekongkol dengan sindiket.
01:08Perbincangan antara kedua-dua pihak juga melibatkan strategi untuk menjamin setiap tindakan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan, menyeluruh dan berintegriti.
01:19Turut hadir pada pertemuan itu adalah pengarah bahagian perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin,
01:26pengarah kanan penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Mahasan,
01:29dan pengarah bahagian komunikasi strategik SPRM PKPJ, Hisham Muhammad Yusof.
01:35Terima kasih telah menonton!
Comments