Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
LHDN mengingatkan pembayar cukai supaya mengemukakan e-Filing dan menjelaskan bayaran cukai bermula 1 Mac 2026 bagi mengelakkan penalti, selain memaklumkan beberapa penambahbaikan pelepasan cukai untuk Tahun Taksiran 2025.
Transcript
00:00Lembaga hasil dalam negeri LHDN mengingatkan pembayar cukai supaya mengemukakan e-filing dan menyelesaikan bayaran cukai sebelum tarikh akhir bagi
00:09mengelakkan penalti serta tindakan penguatkuasaan.
00:12Pegawai Jabatan Permatan Korporat LHDN Nur Azurin Ismail berkata pembayar cukai perlu membuat persediaan awal termasuk menyediakan dokumen sokongan dan
00:21menghantar e-filing tepat pada masanya.
00:25Beliau turut mengingatkan agar jangan melakukan sebarang bentuk penipuan atau pemalsuan dokumen kerana jika diaudit dan didapati bersalah, penalti yang
00:33dikenakan adalah tinggi serta boleh berdepan sekatan perjalanan atau tindakan undang-undang.
00:39Antara penambahbaikan bagi tahun taksiran 2025 termasuk peningkatan pelepasan cukai untuk anak kelainan upaya daripada RM6,000 kepada RM8,000.
00:48Perlepasan gaya hidup sukan turut dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000 merangkumi pembelian peralatan sukan, yuran kemudahan, penyertaan pertandingan dan
00:58keahlian gym museum serta diperluas untuk pasangan, anak-anak dan juga ibu bapa.
01:04Skop pelepasan rawatan perubatan juga diperluaskan bagi merangkumi ibu bapa serta datuk dan nenek kandung yang menetap di Malaysia dengan
01:11had sehingga RM8,000 setahun.
01:13Bayar Cukai dinasihatkan memanfaatkan sepenuhnya pelepasan dan ribet yang layak serta merujuk public ruling 7-2025 di laman web rasmi
01:21LHDN untuk mengelakkan kesilapan tuntutan.
01:25Musim e-filing untuk tahun taksiran 2025 akan bermula pada 1 Mac 2026.
01:31Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended