Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Seramai 4,518 pegawai perubatan kontrak ditawarkan lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) berdasarkan data yang direkodkan sehingga 31 Disember lalu.
Transcript
00:00Berdasarkan data yang direkodkan sehingga 31 Disember lalu, seramai 4,518 pegawai perubatan kontrak ditawarkan lantikan tetap oleh Suranjaya Perkhidmatan
00:10Awam Malaysia, SPA.
00:12Menteri Kesehatan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad berkata daripada jumlah itu, seramai 1,316 atau 29% pegawai perubatan kontrak
00:21bersetuju menerima tawaran lantikan tetap bagi mengisi kekosongan di Sabah dan Sarawak.
00:28Katanya jumlah perkenaan meliputi penempatan seramai 548 di Sabah dan seramai 768 di Sarawak.
00:36Bagi jururawat, KKM diberikan pengecualian pelantikan kontrak interim dan boleh melantik secara tetap jururawat mulai tahun lalu.
00:43Sehingga 31 Disember 2025, seramai 3,254 jururawat dalam kalangan pelatih Institut Latihan Kementerian Kesehatan, ILKKM, graduan Institut Pengajian Tinggi
00:55Awam dan Swasta dan jururawat Masyarakat Program Peningkatan Secara Lantikan, PSL, dilantik secara tetap.
01:01Daripada jumlah ini, seramai 415 orang jururawat ditempatkan di Sabah manakala seramai 260 orang di Sarawak.
01:10Beliau menjawab soalan Kel V. Yi Ling Wen, PH Bandar Kuching yang mahu tahu secara terperinci jumlah pekerjaan kesihatan iaitu
01:17doktor dan jururawat yang sudah mendapat penempatan tetap pada tahun ini.
01:21Selain itu, Li Wen juga ingin tahu berapa jumlah yang ditempatkan di Sabah dan Sarawak serta sudah menerima penempatan.
01:27Mengulas selanjut, Dr. Zulkifli berkata, pengisian jururawat di Sabah dan Sarawak turut dilaksanakan menerusi penempatan semula jururawat berpengalaman dari Sabah
01:37dan Sarawak yang sedang berkhidmat di Semelanjung ke Fasiliti KKM di Negeri Berkenaan.
Comments

Recommended