Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Misi Iran ke PBB menjelaskan kapal tidak bermusuhan dibenarkan menggunakan Selat Hormuz selagi tidak menyokong agresi terhadap Iran. Ketegangan Asia Barat meningkat sejak serangan AS–Israel ke atas Iran pada 28 Februari, mengorbankan lebih 1,340 orang. Selat Hormuz kini terjejas, menyebabkan kos penghantaran dan harga minyak global meningkat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, Iran menegaskan kapal tidak bermusuhan masih dibenarkan melalui selat hormas dengan syarat mereka tidak menyokong sebarang tindakan agresif terhadap
00:09Teheran.
00:10Wakil tetap Iran Kepertuban Bangsa-Bangsa Bersatu PBB berkata, setiap kapal perlu matuhi peraturan keselamatan Iran dan berkoordinasi dengan pihak
00:18berkuasa di negara itu.
00:21Kenyataan itu dikeluarkan ketika ketegangan di Asia Barat terus meningkat sejak Amerika dan Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas
00:30Iran pada 28 Februari,
00:32mengorbankan lebih 1,340 orang termasuk bekas pemimpin agung Ayatollah Ali Khamenei.
00:40Sebagai tindak balas, Iran melancarkan siri serangan drone dan peluru berpandu yang menyasarkan kawasan Israel dan negara teluk yang menempatkan
00:48aset tentera Amerika.
00:50Menurut laporan, selat hormus laluan yang biasanya menjadi pintu pengangkutan 20 juta tong minyak sehari telah terganggu sejak awal Mac.
00:59Gangguan itu telah menyebabkan kos penghantaran meningkat, premium insurans melonjak dan harga minyak global terus naik.
01:06Kenyataan Iran itu dilihat sebagai usaha memberikan jaminan minimum kepada negara yang bergantung kepada selat hormus.
01:13Namun, Iran menegaskan keselamatan laluan itu hanya terjamin sekiranya ia tidak disalahguna untuk operasi ketenteraan terhadap Tehran.
Comments

Recommended