Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
MKN membincangkan langkah menangani ketidaktentuan konflik Asia Barat, termasuk kesan ekonomi, keselamatan negara dan peranan diplomatik Malaysia menjelang mesyuarat MTEN khas.
Transcript
00:00Di mana kerajaan terus bersiap sedia untuk menghadapi situasi konflik berpanjangan di Asia Barat yang dijangka membawa implikasi ekonomi bukan
00:08sahaja kepada negara, malah di peringkat global secara keseluruhannya.
00:12Majlis Keselamatan Negara MKN dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan kerajaan akan mengambil pendekatan meluruh dan terselaras untuk menangani keadaan ini.
00:22Perkara itu antara fokus utama yang dibincangkan dalam sidang khas MKN pada Selasa bagi menangani kesan ketidaktentuan konflik di rantau
00:30itu yang bakal memasuki sebulan.
00:32MKN memaklumkan sidang khas yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim itu akan disusuli dengan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi
00:40Negara M10 khas pada Rabu bagi membincangkan langkah-langkah seterusnya.
00:44Ujarnya Malaysia menyambut baik perkembangan mutakhir yang menyaksikan semua pihak terlibat menghentikan serangan selama lima hari saling menyifatkan ruang berkenaan
00:52harus digunakan untuk rundingan secara serius dan ikhlas.
00:56Mesyuarat itu turut mengambil maklum bahawa perkembangan terbaru ini telah menyebabkan penyusutan harga minyak antarabangsa.
01:02Selain itu, MKN memaklumkan Malaysia akan terus memainkan peranan proaktif menyumbang kepada penyelesaian konflik.
01:08Perdana Menteri katanya telah mengadakan perbualan telefon dengan pemimpin New Zealand, Jepun, Bahrain dan Emirah Arab Bersatu.
01:15Ujarnya Malaysia mempunyai beberapa ciri penting untuk memainkan peranan ini.
01:19Sebagai contoh, kecuali Israel, Malaysia mempunyai hubungan yang baik dengan kesemua pemain utama dalam isu ini, pendirian konsisten, berkecuali dan
01:29sikap berterus terang juga membuatkan Malaysia dihormati.
01:32Dalam sidang khas selama itu, isu keselamatan negara turut diberi pendekanan termasuk aktiviti agensi perisikan di Malaysia,
01:40penjagaan aktiviti penyeludupan bahan api serta pemantauan keadaan pasukan pengaman batalian Malaysia Malbat yang kini bertugas di Lubnan.
01:48Kenyataan itu turut memalukan kerajaan Malaysia sentiasa mengambil pendekatan proaktif untuk memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara dan kebajikan rakyat terbela
01:57sewaktu keadaan mencabar ini.
01:59Ketegangan serantau terus memuncak sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan bersama terhadap Iran pada 28 Februari lepas.
02:08Teheran beritindak balas dengan melancarkan serangan drone dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta Jordan, Irak dan negara teluk yang
02:15menempatkan aset ketenteraan Amerika Syarikat
02:17menyebabkan korban jiwa dan kerusakan infrastruktur selain mengganggu pasaran global dan sektor penerbangan.
Comments

Recommended