Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Laporan Fitch Solutions memberi amaran bahawa konflik AS–Israel–Iran melonjakkan harga baja global, menekan sektor pertanian Malaysia dan meningkatkan risiko kejatuhan hasil tanaman musim 2026/27.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia kini berdepan tekanan baharu terhadap sektor makanan dan pertanian apabila laporan terbaharu Fitch Solutions memberi amaran bahawa konflik berpanjangan
00:09antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran dijangka terus melonjakkan harga baja global dan menjejaskan kadar penggunaan baja bagi tanaman bijiran
00:18di Asia Tenggara bagi musim 2026-2027.
00:22Menurut analisis tersebut, harga baja yang kekal tinggi ditambah ketidaktentuan rantaian bekalan akibat konflik meningkatkan risiko berlakunya pengurangan kadar penggunaan
00:31baja ketika tempoh kritikal penamanan-penaman semakin hampir.
00:36Keadaan ini berpotensi menekan hasil pengeluaran bijiran di seluruh rantau sekaligus membawa implikasi kepada keselamatan makanan dan kos salih hidup.
00:44Fitch Solutions menegaskan bahawa Malaysia, Indonesia dan Vietnam merupakan tiga negara Asia Tenggara yang paling terlindung daripada kejutan bekalan baja
00:54di Trojan.
00:55Ini berikutan kapasiti pengeluaran domestik yang kukuh serta akses stabil kepada gas asli sebagai bahan mentah utama.
01:03Malaysia khususnya dijangka mempunyai pelindungan semula jadi berinfrastruktur pengeluaran baja di Trojan yang besar.
01:08Kapasiti ini dapat membantu mengimbangi kesan kenaikan harga global serta memastikan kadar aplikasi baja bagi tanaman utama tidak terlalu terjejas.
01:18Namun begitu, Fitch memberi amaran bahawa kelebihan ini bergantung penuh kepada keputusan dasar kerajaan khususnya keutamaan untuk mengekalkan bekalan bagi
01:27pasaran domestik.
01:28Dalam keadaan harga antarabangsa yang turun naib, wujud risiko ketirisan bekalan sekiranya pengeluar tempatan memilih untuk mengejar keuntungan ekspor berbanding
01:37memenuhi keperluan dalam negara.
01:39Sejak konflik memuncak pada 28 Februari lalu, harga Eurya Global melonjak lebih 40%, mencecah $660 satu tan.
01:48Lonjakan ini mencerminkan jangkaan terhadap keadaan pasaran yang lebih ketat akibat gangguan ekspor dari rantau negara teluk GCC yang menyumbang
01:56sekitar 20% ekspor baja nitrogen dunia.
01:59Malaysia yang sedang bersiap menghadapi musim penanaman bejerin kini berdepan risiko situasi di mana harga baja nitrogen yang terlalu tinggi
02:06mendorong petani mengurangkan kadar penggunaan baja, sekaligus mengurangkan hasil tanaman 2026-2027.
02:13Walaupun Malaysia agak selamat dari segi baja nitrogen, situasinya berbeza bagi baja fosfat di mana Malaysia bergantung hampir sepenuhnya kepada
02:22pengimport luar dan masuk Mesir.
02:25Fitch Solutions menjelaskan bahawa seluruh Asia Tenggara termasuk Malaysia lebih terdedah kepada gangguan rantaian bekalan fosfat kerana penggantungan kepada sulfur
02:33dan import lain yang diimport dari Asia Barat dan China, dua wilayah yang sedang menghadapi tekanan geopolitik dan sekatan ekspor.
02:41Selain cabaran baja, Malaysia turut dijangka berdepan dengan risiko cuaca melampau susulan penambaran El Niño oleh Climate Prediction Center yang
02:50menjangkakan lebih 60% kebarangkalian fenomena itu bermula Jun dengan 48% berpotensi pada intensiti sederhana menjelang Ogos.
02:58Keadaan ini secara langsung boleh menjejaskan hasil tanaman bijirin, beras dan jagung terutamanya jika digandingkan dengan pengurangan kadar penggunaan baja
03:06akibat harga terlalu tinggi.
03:08Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended