Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
MetMalaysia menjangka fasa peralihan monsun bermula 29 Mac hingga Mei dengan angin lemah dan pembentukan ribut petir yang boleh membawa hujan lebat serta angin kencang, terutama pada waktu petang dan awal malam.
Transcript
00:00Sementara itu, fasa peralihan monsoon dijangka bermula pada 29 Mac 2026, menandakan berakhirnya monsoon timur laut 2025-2026 yang telah
00:10berlangsung sejak 13 November 2025.
00:13Ketua Pengarah MAP Malaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan hari ini maklumkan,
00:18semasa tempoh peralihan yang dijangka berterusan sehingga Mei 2026, negara akan mengalami tiupan angin lemah dari pelbagai arah.
00:25Karang atmosfera seperti ini lazimnya membawa kepada pembentukan awan ribut petir yang berpotensi menghasilkan hujan lebat dan angin kencang dalam
00:32tempoh yang singkat,
00:33terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kawasan barat dan perdalaman semenanjung serta bahagian barat Sabah dan Sarawak.
00:40Fenomena tersebut boleh menyebabkan kejadian banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan struktur tidak kukuh menurut MAP Malaysia.
00:47Orang ramai turut dinasihatkan agar lebih beras pada khususnya di kawasan yang kerap mengalami cuaca ribut atau limpahan air ketika
00:53hujan lebat.
00:54MAP Malaysia maklumkan bahawa perkembangan cuaca terkini boleh diperoleh melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi muda alih MyCuaca dan saluran
01:02media sosial rasmi.
01:03Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline 1300 221638.
Comments

Recommended