Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
PBB mengecam serangan dron yang membunuh sekurang‑kurangnya 60 orang di Hospital Pengajar Al Deain, Sudan. WHO melaporkan lebih 200 serangan ke atas fasiliti kesihatan sejak 2023. PBB berkata kedua-dua RSF dan tentera kerajaan mungkin menggunakan dron, tetapi identiti pelaku belum disahkan. Konflik Sudan terus eskalasi tanpa tanda damai.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ketubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB mengecam serangan drone di Hospital Pengajar Al-Diyain di East Darfur, Sudan pada 20 Mac
00:08lalu.
00:09Serangan itu telah membunuh sekurang-kurangnya 60 orang termasuk kanak-kanak dan petugas kesihatan.
00:18Jurucakap PBB, Stefan Dujar berkata, setiausaha agung PBB Antonio Guterres menegaskan bahawa semua pihak dalam konflik Sudan mesti mematuhi undang
00:29-undang kemanusiaan antarabangsa yang melindungi fasiliti perubatan, petugas kesihatan dan orang awam.
00:35Jurucak berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO telah mengesahkan lebih 200 serangan ke atas kemudahan kesihatan sejak konflik Sudan bermula pada
00:45April 2023 mengakibatkan lebih daripada 2,000 kematian.
00:50Menurut Pejabat Hak Asasi Manusia PBB, kira-kira 500 orang awam terbunuh akibat serangan drone antara Januari hingga pertengahan Mac
00:592026.
01:00PBB tidak mempunyai keupayaan forensik untuk mengenalpasti pelaku secara rasmi tetapi menyatakan bahawa terdapat petunjuk bahawa kedua-dua pihak Rapid
01:10Support Forces RASF dan anggota tentera kerajaan Sudan pernah menggunakan drone dalam serangan sebelum ini.
01:18Guterres memberi amaran bahawa keamanan masih jauh dari capaian kerana pertempuran semakin meningkat.
01:24PBB menegaskan keperluan mendesak untuk kejahatan senjata dan akses kemanusiaan tanpa halangan ke kawasan konflik di Sudan.
01:33Terima kasih telah menonton!

Recommended