Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Aktivis dan pelari Lim Shyang Guey berkongsi bagaimana projek Run For Gold bersama NCSM tercetus daripada impian beliau dan arwah isterinya untuk mengelilingi Semenanjung Malaysia. Shyang Guey menegaskan bahawa setiap sumbangan memberi kesan besar kepada pesakit kanser. “Bantu seorang pun sudah cukup — ia jadi snowball effect,” katanya.

Category

🗞
News
Transcript
00:01Amalan menyumbang lebih-lebih lagi pada golongan yang sangat berkeperluan seperti mereka yang menghidap kanser sangat membantu buat pemulihan mereka.
00:08Menurut aktivist dan pelari Lim Xiang Gui, setiap sumbangan kecil atau besar akan memberi kesan yang sangat besar kepada pesakit
00:15kanser terutama kanak-kanak yang sedang melalui lawatan yang mencabar.
00:47Bercerita tentang kisah peribadinya, Xiang Gui berkongsi bahawa beliau mengajukan projek Run for Gold yang lahir daripada impian beliau dan
00:54mendiang istrinya, Jo Lee, yang meninggal dunia akibat kanser pada 2024.
00:58Menurutnya, mereka sama-sama berkongsi impian untuk berjalan kaki mengelilingi semenanjung Malaysia dan kini menjadi tanggungjawabnya untuk merealisasikan impian itu.
01:08Malangnya, isteri saya Ogos tahun 2024 meninggal dunia akibat kanser pada usia 63 tahun.
01:25Selepas kehilangan Juli, saya rasa ingin untuk menyempurnakan perjalanan ini.
01:34Bukan untuk kita dua sahaja, tapi untuk kanak-kanak yang berani melawan kanser setiap hari.
01:43Projek Run for Gold kini menjadi simbol ketabahan, cinta dan perjuangan bukan hanya untuk arwah istrinya, tetapi untuk semua pesakit
01:50kanser di Malaysia.
01:51Pandangan ini dikongsikan dalam rancangan Aune Pagi Penderabu.
Comments

Recommended