Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif menyatakan kesediaan menjadi fasilitator rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran bagi menyelesaikan konflik di Timur Tengah. Presiden AS Donald Trump berkongsi semula kenyataan tersebut. Presiden Iran Masoud Pezeshkian dan Menteri Luar Araghchi turut berbincang dengan Pakistan mengenai perkembangan semasa rantau.
Transcript
00:00Bertemu kembali, Pakistan umum kesediaan menjadi tuan rumah rundingan damai antara Amerika Syarikat dan Iran
00:05bagi mencari penyelesaian komprehensif konflik di Asia Barat.
00:09Menurut Perdana Menterinya, Syahbaz Sharif, tawaran itu tertaluk kepada persetujuan kedua pihak
00:13bagi menyokong usaha diplomasi yang sedang berlangsung.
00:19Keretaan Syahbaz terus dikongsi semula oleh Presiden Donald Trump di platform klub sosial miliknya
00:23satu syarat bahawa Washington memantau perkembangan diplomatik tersebut.
00:27Pada Isnin, Presiden Iran, Masud-Pazishkan, menghubungi Syahbaz Sharif dalam perbualan telefon
00:32menegaskan komitmen Iran terhadap kerjasama serantau.
00:36Manakala Menteri Luar Iran, Syed Abbas Araqci, turut mengadakan panggilan diplomatik
00:40dengan timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan, Mohd Ishaq Dar
00:44untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan terkini rantau itu.
00:48Kedudu negara bersetuju untuk mengekalkan komunikasi rapat dalam menangani ketegangan yang semakin meningkat.
00:53Konflik Iran, Amerika Syarikat, Israel yang memasuki minggu ketiga
00:57menyebabkan situasi keselamatan dan geopolitik di Asia Barat semakin tidak menentu.
01:02Tawaran Pakistan untuk menjadi fasilitator dilihat sebagai peluang diplomatik besar
01:06membandangkan negara itu mempunyai hubungan dengan keduduk Washington dan Teheran
01:09serta pengaruh tradisi di dunia Islam.
Comments

Recommended