Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Trump menafikan laporan bahawa Jeneral Daniel Caine menentang tindakan ketenteraan terhadap Iran, menyifatkannya sebagai berita palsu. Beliau menegaskan keputusan berkaitan ketenteraan adalah hak presiden dan memberi amaran akibat serius jika rundingan nuklear
Transcript
00:00Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Donald Trump menafikan laporan media bahawa General Daniel Kaine yang karang-karang dirujuk sebagai razin tidak
00:08bersetuju dengan kemungkinan tindakan ketenteraan terhadap Iran.
00:11Dalam kenyataan yang dikeluarkan di media sosial, Trump menyifatkan laporan tersebut sebagai berita palsu dan 100% tidak benar.
00:19Menurut beliau, laporan yang mendakwa General Kaine menentang tindakan ketenteraan tidak bersandarkan sumber kukuh dan bertujuan mengelirukan.
00:26Trump menjelaskan bahawa General Kaine, seperti barisan kepimpinan tentera yang lain, tidak menginginkan peperangan.
00:32Trump turut menegaskan bahawa General Kaine mempunyai pengalaman mendalam mengenai Iran, memandangkan beliau mengetuai operasi Midnight Hammer, serangan terhadap kemudahan
00:40pembangunan nuklear Iran.
00:41Trump mendakwa semua laporan mengenai kemungkinan peperangan dengan Iran ditulis secara tidak betul dan disengajakan, sambil mengingatkan bahawa keputusan akhir
00:49berkaitan tindakan ketenteraan adalah hak prerogatif Presiden.
00:53Walaupun berkata beliau lebih memilih penyelesaian diplomatik, terang memberi amaran bahawa kegagalan mencapai perjanjian nuklear akan berakibat serius kepada Iran.
01:01Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended