Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Donald Trump memberi amaran akan mengenakan levi lebih tinggi kepada negara yang cuba mengambil kesempatan susulan keputusan Mahkamah Agung AS mengenai tarif, sambil menegaskan beliau mempunyai pelan sandaran untuk mengekalkan langkah berkaitan keselamatan negara.
Transcript
00:00Presiden Donald Trump memberi amaran yang mana-mana negara yang cuba mengambil kesempatan terhadap keputusan Mahkamah Agong Amerika Syarikat berhubung
00:07tarif akan berdepan levy yang jauh lebih tinggi.
00:10Dalam antaran di True Social, beliau tegaskan mana-mana negara yang mahu terlibat dalam permainan berikutan keputusan Mahkamah Agong yang
00:17tidak masuk akal itu, khususnya mereka yang memperdaya selama bertahun-tahun malah berdekat-dekat,
00:23akan dikenakan tarif yang jauh lebih tinggi dan lebih buruk daripada yang baru sahaja mereka persetujui.
00:31Mahkamah Agong minggu lepas memutuskan undang-undang yang digunakan Trump untuk mengenakan sebahagian tarifnya tidak memberikan kuasa sedemikian kepadanya kerana
00:40perlembagaan menetapkan hanya Kongres mempunyai hak itu.
00:43Trump menyifatkan keputusan itu sebagai memalukan sambil berkata beliau mempunyai pelan sandaran dan berjanji akan mengekalkan semua tarif berkaitan keselamatan
00:52negara.
00:52Beliau juga berkata Mahkamah Agong secara tidak sengaja memberinya lebih banyak kuasa berhubung tarif berbanding sebelum keputusan itu dibuat.
01:02Dalam laporan berasingan mengenai isu sama, Sputnik Riano Vosti turut memetik Trump sebagai berkata,
01:07beliau tidak perlu merujuk semula kepada Kongres untuk mendapatkan kelulusan bagi mengenakan tarif import.
01:14Menurutnya kebenaran itu telah diperoleh dalam pelbagai bentuk sejak sekian lama.
Comments

Recommended