Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Amaran kebakaran di kediaman pelajar Universiti Iowa membawa kepada penemuan lebih 56 pelajar lelaki dalam keadaan separuh bogel, menutup mata dan berlumuran makanan. Insiden yang berlaku pada November 2024 itu hanya didedahkan pada Februari 2026 selepas rakaman kamera badan polis tular, sekali gus mencetuskan kejutan global.
Transcript
00:00Satu amaran kebakaran telah membawa kepada penemuan lebih 56 pelajar lelaki yang dijumpakan dalam keadaan separuh bogil sambil mata ditutup
00:09di sebuah kediaman pelajar Universiti Iowa.
00:11Menurut anggota polis dan pasukan bomba di daerah itu, walaupun kejadian itu baru sahaja mendapat perhatian selepas 2024, ia menimbulkan
00:19kejutan global kerana kelakuan berbahaya dan tidak bermoral yang melibatkan ramai pelajar.
00:26Hasil daripada rakaman kamera badan polis, kesemua pelajar itu ditemui dalam keadaan menutup mata, separuh bogil serta berlumuran makanan, dipercayai
00:36sebahagian daripada satu tradisi melibatkan pelajar baru Universiti tersebut.
00:41Walaupun kejadian itu berlaku pada November 2024, pendedahannya hanya dibuat pada 19 Februari 2026 selepas rakaman kamera badan polis dan
00:50kenyataan rasmi Universiti Tular di media sosial.
00:54Perkara tersebut sekaligus mencetuskan kejutan global, berikutan tindakan berbahaya dan tidak bermoral yang melibatkan puluhan pelajar.
01:03Dalam pada itu, pihak polis turut mengesahkan kewujudan cecair merah pada badan mereka, dipercayai campuran sos tomato, mustard dan alkohol
01:12selain beberapa individu didapati tidak memakai kasut.
01:15Dalam operasi itu, seorang individu dikenali sebagai Joseph Gaia, 22 tahun, dilaporkan cuba menghalang polis daripada memasuki ruang bawah tanah
01:24sebelum ditahan kerana menghalang tugas rasmi.
01:27Sementara itu, Universiti Iowa yang menegaskan larangan tegas terhadap budaya buli turut mengeluarkan kenyataan pihak pengurusan telah mengambil tindakan segera
01:37selepas polis dan pasukan bomba menemui sekumpulan pelajar berkenaan dalam keadaan menutup mata di ruang bawah tanah.
01:44Justru itu, organisasi pelajar yang terlibat kini menjalani pendidikan anti-buli menyeluruh selain program penjagaan yang telah dilaksanakan sejak kejadian
01:54tersebut.
01:55Namun begitu, pendedahan rakaman polis yang tersebar baru-baru ini terus memberi impak besar di peringkat antarabangsa sekaligus mencetuskan perdebatan
02:04mengenai keselamatan pelajar serta budaya ekstrim yang masih wujud di Universiti-Universiti AS.
Comments

Recommended