00:00Institusi kewangan dan tenaga global menggesa negara-negara dunia supaya tidak menimbun bekalan tenaga atau mengenakan sekatan ekspor yang boleh
00:08memburukkan lagi krisis pasaran tenaga global sesuluan konflik di Asia Barat.
00:13Gesaan itu dibuat oleh Tabung Kewangan Antarabangsa IMF, Bank Dunia dan Agensi Tenaga Antarabangsa IEA dalam satu pertemuan bersama di
00:22Washington pada Isnin.
00:26Ketua IEA Fatih Birol berkata terdapat beberapa negara yang menahan stok tenaga dan melaksanakan sekatan ekspor sekaligus menjejaskan aliran bekalan
00:36ke pasaran global.
00:38Beliau menggesa semua negara supaya membenarkan bekalan tenaga terus mengalir bagi menstabilkan pasaran.
00:44Sementara itu, pengarah urusan IMF Kristalina Georgieva menegaskan prinsip utama yang perlu dipatuhi adalah tidak mengenakan sekatan ekspor kerana tindakan
00:54itu hanya akan memburukkan ketidakseimbangan pasaran.
00:58Menurutnya, beberapa negara di Asia, Afrika, Sub-Sahara dan Kepulauan Pasifik kini berdepan tekanan bekalan tenaga yang semakin meruncing.
01:07IMF dan Bank Dunia turut memberi bayangan akan menurunkan unjuran pertumbuhan global serta meningkatkan ramalan inflasi, susulan konflik berpanjangan.
01:17Dalam usaha mestabilkan pasaran, IEA memaklumkan pihaknya telah melepaskan kira-kira 400 juta tong minyak daripada rezabnya dan bersedia mengambil
01:27tindakan lanjut jika diperlukan.
Comments